Tuesday 16 October 2012

KENAPA ANDA TIDAK BOLEH BERJAYA ??

Antara yang boleh menghalang anda untuk berjaya:

1) Tiada atau takut berangan-angan
Setiap kejayaan harus bermula dengan memasang angan-angan. Gambarkan atau berimaginasi dengan impian anda. Baru lah timbulnya niat dan semangat tanpa kita sedari.

2) Takut untuk mencuba
Ini kesilapan yang pertama yang perlu kita ubah persepsi dalam diri kita. Tiada siapa yang mampu mengubahnya kecuali diri kita sendiri

3) Tiada istiqamah dalam berusaha
Istiqamah bermaksud setiap apa yang kita lakukan dalam usaha yang berterusan iaitu konsisten. Bukan pada mula sahaja hangat-hangat tahi ayam.
"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
4) Tiada ilmu
Setiap apa jua impian yang mahu kita capai hingga berjaya, perlulah kita memiliki sedikit ilmu. Ilmu tersebut boleh kita dapati dari mana-mana rujukan dan dari pengalaman yang sedang kita lalui. Belajar dari kesilapan. Bukan sentiasa mengulang kesilapan.

5) Sentiasa cakap tak boleh
Setiap perkara harus kita mulakan selepas kita memasang niat. Semata-mata impian,ianya nya akan menjadi angan-angan kosong sahaja. Start Action !! Baru anda sedar impian itu boleh berjaya atau tidak boleh berjaya

6) Suka memberi seribu alasan
Sama seperti sebab ke -6, belum lagi kita melakukan, sudah muncul pelbagai alasan berdasarkan imaginasi kita yang belum tentu ada kesan logiknya. Manusia yang penuh alasan, ibarat tin kosong. Bunyi sahaja yang bergema lantang, isinya tiada apa yang boleh di banggakan.

7) Tiada matlamat untuk merancang hidup
Wajib ada untuk menjadi seorang yang berjaya. Jika tiada matlamat, ibarat kita berjalan tanpa arah tuju. Tetapkan satu aras atau objektif mengikut keselesaan kita. Tiba di aras yang kita tetapkan, kepuasan itu lah kejayaan.
"Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air"
8) Sentiasa bergantung harap pada orang lain
Bekerjasama, atau mendapatkan pandangan dan nasihat dari orang lain bukanlah di katakan tidak boleh. Tapi harus kita ingat, jangan terlalu manja hingga menunggu orang menyuap kita sentiasa. Berdiri di atas kaki kita sendiri. Sebab jika kita gagal dalam proses untuk berjaya, kita akan mula menuding kesalahan kepada mereka-mereka yang anda sering bergantung harap.


9) Tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri
Berkaitan dengan sebab ke-8, sentiasa bergantung harap hingga membuatkan anda takut untuk mempamerkan idea kreativiti anda sendiri. Jangan terlalu melihat usaha orang lain hingga mengetepikan idea kamu sendiri. Melihat orang berjaya membuka kedai makan, anda terus terpengaruh dengan kejayaan orang lain.

10) Usaha tidak setinggi impian
Berusaha dengan sepenuh hati. Kesudahannya anda pasti anda akan kekenyangan dengan kepuasan yang maksima.

Kesimpulannya:
Kita di lahirkan sememangnya untuk menjadi berjaya. Bagaimana kejayaan itu di capai, terpulang pada cara kita tersendiri untuk mengenal pasti yang mana bersesuaian dengan diri kita. Berjaya bermakna kita puas dengan apa yang kita inginkan. Bukan berjaya atas penindasan ke atas orang lain. Apa ertinya yang anda terima kesudahannya nanti, anda sendiri yang merasakannya kelak.

No comments:

Post a Comment