Sunday, 4 November 2012

UNTUK BUDAK2 SEKOLAH YG JUGA CALON SPM

"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012″ kepada semua pelajar TINGKATAN 5 ( 2012 ) dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.
Pesanan saya untuk anda :
✔Jaga kesihatan anda
✔ makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
✔jangan mudah putus asa

✔Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
✔Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
✔Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
✔Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan
✔Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih.
✔Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.
ツAkhir kalam, Selamat Maju Jaya. Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin