Thursday 25 October 2012

KISAH HARI RAYA

assalamualaikum..selamat hari raya saya ucapkan..semoga anda menjalani ibadah nie dengan sempurna...tp bagaimana pula dgn org yg kurang bernasib baik daripada anda contohnya menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya dihospital???mesti anda dapat rase serba sedikit apabila anda beraya tanpa orang yg anda sayangi...dalam lirik lagu raye pon ade mengatakan JANGAN LUPA YG TIADA.,,raye tak memerlukan diri kite sempurna dari pemakaian tp cukup la sekadar memakai pakaian yg disyariatkan oleh agama...disini ingin sy ceritakan kisah seorang insan yg bergelar kekasih sy sendiri yg sedang sakit dan sekarang terlantar dihospital sebab penyakit yg pelbagai...hidupnya yg membesarkan bersama keluarga angkat sehingga ibubapa akan menghembus nafas terakhir...bagaimana pula kehidupan dia selepas itu??? mesti tertanya-tanya kan.. sebagai seorang lelaki aku patutnya menjaga kekasih aku walaupun dengan keadaan mcmmane pon sebab aku dikurniakan keadaan tubuh badan yg sihat...mesti ada hikmah disebalik tubuh badan aku yg sehat dan kekasih aku pulak sakit...tuhan mengajar aku tentang menjadi seorang insan yg mengambil berat tentang orang lain...aku masih terbayangkan masa depan aku kalau aku sakit nanti..apa yg akn aku rase jike berlaku perkare sedemikian aku sudah dapat gambarkan walaupun aku bukan ditempat dia...kalau aku demam pon aku rase derita dh sebab aku rase otak aku macam bergocang jew...aku masih tertanya-tanya siapa yg sanggup menyihirkan dia sampai jadi macam tu sedangkan sebelum nie baru je dia sembuh dari eksiden tp da datang lagi perkare lain...bayangkan beberapa hari sebelum raye dia bersama abang , seorang anak kepada ketua jururawat dan seorang juru rawat eksiden dengan lori...tp aku bersyukur alhamdulilah sebab masih diberi peluang bersama orang yg aku syg...tp dalam nahas tu meragut nyawa seorang nurse yg cukup mnyayat ati..nasib baik la dia (my gf) hanya patah tangan , abg dia patah kaki dan tangan dan anak kecil itu patah tekak...disebabkan hospital tu tempat keras macam2 dugaan aku terima tapi aku tetap akan sabar sampai ke hari ini sebab aku takmau tgk dia menderita dan aku ingin tengok dia bahagia bersama orang yg dia sayang...aku dapat bayangkan berpuasa kt hospital macamne...aduhh dengan makanan yg kene pantang dengan lauk2nye yg tidak sedap aku rase aku tidak lalu makan tp aku selalu suruh orang belikan dia makanan yg sedap2 walaupun dilarang nurse kt situ..aku tetap degil sebab aku nk dia dapat rase jgk ape yg aku rase...kalau aku makan sedap2 dia opcoss laa makan sedap2 jgk...selesai sudah pasal puasa..nie nak crite pasal raye pulak...puasa sebulan mestilah nk raye bersama yg tersayang kan....dia yg beraye tanpa aku disane cukup membuatkan aku berase pilu...aku sebagai orang dia teramat syg aku patut luangkan mase bersama dia kt hospital tu tapi apakah daya jarak yg memisahkan kite...kaludia duduk kt hospital sini tiap hari aku datang tiap ari aku bawak makanan yg dia suke tiap2 minggu aku beli adiah utk dia tp nak buat camne terlalu jauh utk aku pergi...beraye tanpa orang yg tersayang setelah kehilangan ibubapa tidak seindah mane pon kalau dibandingkan dengan tidur..hehe..tidur lagi sedap...nasib baik lah aku ade walaupun bukan depan tp aku luangkan sepenug mase bersama dia kecuali dia tidur...aku akan bersamanya sampai bile2 la sebab aku ingin membahagiakan dia dan aku takmau hidup dia derita lagi sebelum kehadiran aku dalam hidupnya....sebelum raye di 2kali operate sebab kesan darah beku tp berkat doa kite semua dia sembuh...tapi yg ajaibnya ialah nama aku..RAJA MOHD SAYUTI...bile dia dengar jew mesti dia terus sedar dari koma, tidur dan pengsan...tu la aku suke sangat...aku dapat buat dia bahagia...aku bahagia bersama dia..nanti aku sambung balik yer dengan kisah yg sama tp dihari yg lain...hahaha  

Thursday 18 October 2012

8 FAKTA KEMATIAN


Kematian adalah akhir dari kehidupan, ketiadaan nyawa dalam organisme biologis. Semua makhluk hidup pada akhirnya akan mati secara permanen, baik karena penyebab alami seperti penyakit atau karena penyebab tidak alami seperti kecelakaan. Setelah kematian, tubuh makhluk hidup akan mengalami pembusukan.
Berikut beberapa fakta unik mengenai kematian:
1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah indera terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Indera pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan.
2. Kepala manusia masih dalam keadaan sadar selama 15 hingga 20 detik setelah dipenggal!
3. Mayat pada hari ini lebih lambat membusuk dibandingkan dulu karena banyak terdapat bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat membusuk empat kali lebih cepat di dalam air dibandingkan yang dikubur di dalam tanah.
4. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barang yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.
5. Saat Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masehi, sebuah jalan khas telah dibuat dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir biaya pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata uang pada hari ini, biayanyanya dianggarkan US$600 juta!
6. Tidak lama sebelum Thomas Edison meninggal pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
7. Pencipta seri TV Star Trek, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di luar angkasa.
8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah hewan suci. Oleh karena itu mereka akan mencukur kepala mereka apabila kucing peliharaan mereka mati.

AKTIVITI HARI INI

hari ini nk pergi ngail ( bahasa aku ) ase ... lame dh tak pergi nie ... tp ujan sikit hari ini.. camne la dgn hasil tangkapan tu kalu rezki ade tu ade la tp kalu takde pon dpt jgk pergi menenangkan fikiran selepas penat berkerja ... memang hobi aku dari dulu memancing nie .. sejak budak2 lagi ... hahaha ... so jom kite pergi memancing... lokasi hari ini dekat TER kuala ibai @ masjid terapung ...

She is my life


she is my lover ...
she helped me a lot in this life ..
even if she is sick I want to watch him set up heal ...
thank you for accepting me for what it is
i love u RAJE DARWISYA ARIANA

Tuesday 16 October 2012

FROM USTAZ AZHAR IDRUS

BerTUDUNGlah walau
TERPAKSA.
SOLATlah walau
TERPAKSA.
PUASAlah walau
TERPAKSA.

Kerana KEWAJIPAN
itu memang
KADANGKALA sifatnya
TERPAKSA..

Dari KETERPAKSAAN
itu,,
Perlahan2 kita akan
menemukan HIKMAH
dan,,
AKHIRNYA HATI kita
menjadi IKHLAS
keranaNya..

Kalau nak TUNGGU
IKHLAS,,
SAMPAI BILA nak
tunggu baru nak
berIBADAH???..

HIDAYAH perlu DICARI,,
BUKAN DITUNGGU..
Macam MAKANAN,
kalau tak suap,,
Ia takkan masuk ke
dalam mulut..

Lawak Najwa Latif Masuk Sekolah Baru??



Suatu hari Najwa Latif berpindah
ke sekolah
baru....
Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya
dalam laman
muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau
dekat guru
besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan
suruh aku
terima kamu ooohh
uwouwouwo :P

Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik,
datang jumpa
saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau
mahu jumpa
aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar
kamu dekat
guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati
rasa tak
menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak
betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik
nanti kamu
datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus
bersua...ku rasa
gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade
peluang nak
rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari
peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni
bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah
berjumpaa.....
ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat
dengan macam2
masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang
berada di
minda =P
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni
banyak
tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan
juga kata
kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi
lunch dengan
saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle
kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati
pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di
buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu
adakah ini
cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak
juga
jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu
kami
memang nak bunuh hang ni
adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak
dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya
nak jalankan
operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada
kebaikannya,harus pejam mata
dan cuba apa
saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang
muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam
tajam mata
aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa
kita nak report
kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa
yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta
remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-
kata cikgu
ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan
kau suka
aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak
tahu mana
nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa
yang dia
merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang
satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa :
Cinta di muka
bukuu....

KISAH SUAMI YG MISKIN ^_^

Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

 Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

 Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."  

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

 Isteri: "#$*@#!?" 

KENAPA ANDA TIDAK BOLEH BERJAYA ??

Antara yang boleh menghalang anda untuk berjaya:

1) Tiada atau takut berangan-angan
Setiap kejayaan harus bermula dengan memasang angan-angan. Gambarkan atau berimaginasi dengan impian anda. Baru lah timbulnya niat dan semangat tanpa kita sedari.

2) Takut untuk mencuba
Ini kesilapan yang pertama yang perlu kita ubah persepsi dalam diri kita. Tiada siapa yang mampu mengubahnya kecuali diri kita sendiri

3) Tiada istiqamah dalam berusaha
Istiqamah bermaksud setiap apa yang kita lakukan dalam usaha yang berterusan iaitu konsisten. Bukan pada mula sahaja hangat-hangat tahi ayam.
"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
4) Tiada ilmu
Setiap apa jua impian yang mahu kita capai hingga berjaya, perlulah kita memiliki sedikit ilmu. Ilmu tersebut boleh kita dapati dari mana-mana rujukan dan dari pengalaman yang sedang kita lalui. Belajar dari kesilapan. Bukan sentiasa mengulang kesilapan.

5) Sentiasa cakap tak boleh
Setiap perkara harus kita mulakan selepas kita memasang niat. Semata-mata impian,ianya nya akan menjadi angan-angan kosong sahaja. Start Action !! Baru anda sedar impian itu boleh berjaya atau tidak boleh berjaya

6) Suka memberi seribu alasan
Sama seperti sebab ke -6, belum lagi kita melakukan, sudah muncul pelbagai alasan berdasarkan imaginasi kita yang belum tentu ada kesan logiknya. Manusia yang penuh alasan, ibarat tin kosong. Bunyi sahaja yang bergema lantang, isinya tiada apa yang boleh di banggakan.

7) Tiada matlamat untuk merancang hidup
Wajib ada untuk menjadi seorang yang berjaya. Jika tiada matlamat, ibarat kita berjalan tanpa arah tuju. Tetapkan satu aras atau objektif mengikut keselesaan kita. Tiba di aras yang kita tetapkan, kepuasan itu lah kejayaan.
"Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air"
8) Sentiasa bergantung harap pada orang lain
Bekerjasama, atau mendapatkan pandangan dan nasihat dari orang lain bukanlah di katakan tidak boleh. Tapi harus kita ingat, jangan terlalu manja hingga menunggu orang menyuap kita sentiasa. Berdiri di atas kaki kita sendiri. Sebab jika kita gagal dalam proses untuk berjaya, kita akan mula menuding kesalahan kepada mereka-mereka yang anda sering bergantung harap.


9) Tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri
Berkaitan dengan sebab ke-8, sentiasa bergantung harap hingga membuatkan anda takut untuk mempamerkan idea kreativiti anda sendiri. Jangan terlalu melihat usaha orang lain hingga mengetepikan idea kamu sendiri. Melihat orang berjaya membuka kedai makan, anda terus terpengaruh dengan kejayaan orang lain.

10) Usaha tidak setinggi impian
Berusaha dengan sepenuh hati. Kesudahannya anda pasti anda akan kekenyangan dengan kepuasan yang maksima.

Kesimpulannya:
Kita di lahirkan sememangnya untuk menjadi berjaya. Bagaimana kejayaan itu di capai, terpulang pada cara kita tersendiri untuk mengenal pasti yang mana bersesuaian dengan diri kita. Berjaya bermakna kita puas dengan apa yang kita inginkan. Bukan berjaya atas penindasan ke atas orang lain. Apa ertinya yang anda terima kesudahannya nanti, anda sendiri yang merasakannya kelak.

10 SEBAB KENAPA NAK KAHWIN AWAL



1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri  isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran 
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)

PANTUN UNTUK MAT REMPIT

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Beli motor bapak bayar,Minyak motor emak isi.Kalau ada semur di ladang,Boleh hamba menumpang madi;Jangan diharap kami kan pulang,Selagi ada minyak di tangki.Apa diharap padi seberang,Entahkan masak entahkan tidak;Menjelang pagi tak juga pulang,Entahkan hidup entahkan tidakRama-rama cantik,Ikan keli panjang;Depan ada plis trafik,Divider jalan kami seberang


TEKA-TEKI BERSERTA JAWAPAN



teka teki


1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin

2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?
Jawapan: Kuih Donat

3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.
Jawapan: kaki

4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?
Jawapan: Motorsikal

5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?
Jawapan: Bas Sekolah

6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia?
Jawapan: Benang

7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?
Jawapan: Burung terbang bukan berlari..

8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya?
Jawapan: Jambatan

9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya?
Jawapan: Google

10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?
Jawapan: Tiada yang mati meninggal sahaja.

11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?
Jawapan: Kuda Kepang

12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
Jawapan: Bunga Api

13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?
Jawapan: Pintu

14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?
Jawapan: Hingus

15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?
Jawapan: 5 Ekor Burung.

16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?
Jawapan: Singa

17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari?
Jawapan: Kereta kena curi

18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?
Jawapan:Jagung

19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?
Jawapan: Jadi Tumpah

20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia?
Jawapan: Kereta Mayat.

21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?
Jawapan: Lembu

22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?
Jawapan: Kuda dengan Penunggang Kuda.

23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia?
Jawapan: Teh

24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?
Jawapan: Ibu Mengandung

25.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.
Jawapan: Lilin

26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?
Jawapan: Buah Berangan

27.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya.
Jawapan: Batu Nisan

28.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung?
Jawapan: Kentut

29.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ?
Jawapan: Tahi Lalat

30. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya.
Jawapan: Siput babi menang tak payah pakai kasut. Gonngok kalah sebab pakai kasut kaki pula banyak.

31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?
Jawapan: Burung Belatuk

32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.
Jawapan: Burung Hantu

33. mengapa kucing dan anjing bergaduh.
Jawapan: Kucing duduk dalam rumah.. Anjing pula Man bestfriends

34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya.
Jawapan: Anak Kanggaro

35.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal.
Jawapan: Daun Keladi